Terima Kasih Daun Keladi,InsyaAllah kita bertemu nanti.

Assalamualaikum kepada semua pembaca muslim dan salam sejahtera kepada yang belum memeluk Islam.

Sesungguhnya post ini ditulis dengan penuh hiba,terharu dan syukur yang amat kepada Allah yang mengurniakan pertolonganNya melalui perantaraan pembaca yang dicintai sekalian.Atas keprihatinan kalian,Alhamdulillah Allah telah mencukupkan keperluan ku untuk pulang ke Malaysia.

Secara jujurnya,ketika post ‘ibnu Batoota perlukan pertolongan anda’ ditulis,aku cuma punyai wang sebanyak lebih kurang RM200 lebih.Aku buntu kerana aku disini tidak mampu untuk bekerja tambahan lagi mana mungkin aku bisa mengumpulkan RM2500 dalam jangka masa pendek?Tentu ia mengambil masa berbulan-bulan tanpa makan jika aku boleh bekerja sekalipun.Maka aku menulis post itu.

Akaun aku bertubi-tubi menerima bantuan dari para pembaca dan kawan-kawan yang ikhlas memberikan sumbangan kerana Allah.Dalam masa 2 hari,aku menerima sebanyak RM1490 hasil sumbangan kawan-kawan sekalian.Tapi ia masih tidak mencukupi.Aku runsing dan berdoa.Tapi aku malu untuk menyatakan lebih-lebih ombak perasaanku ini.Kemudian petang sedikit pada hari,seorang hamba Allah yang mudah-mudahan Allah masukkan dia ke syurga tanpa hisab telah masukkan sebanyak RM500 ke akaun ku menjadikan ia RM1950 kemudian ditambah jumlahnya oleh seorang lagi rakan yang juga didalam doaku menjadikan ia sebanyak RM2100.

Yang lebih menyenangkan hatiku,Allah kabulkan dan permudahkan urusanku apabila ringgit Malaysia tiba-tiba telah naik harga dengan izin Allah membuatkan harga ringgit melambung tinggi dalam masa yang sama menjatuhkan harga matawang Rand Afrika Selatan.Maka hasil dari itu,Rand yang keluar dari bank ku terhasil lebih banyak dari sebelumnya dan benar-benar tepat mencukupi jumlah yang diperlukan untuk tiket tersebut.

Contohnya begini:

Pada bulan Februari,RM1 bersamaan 2.00Rand.Jadi jika harga sebiji burger disini adalah 20Rand.Maka bersamaan RM10.

Pada bulan April,RM1 bersamaan 2.50Rand.Jadi burger yang berharga 20Rand itu dapat dibeli dengan harga RM8 dan telah jimat RM2 berbanding pada bulan Februari.

Jadi begitu juga harga tiket yang asalnya memerlukan RM2500-RM3000 tapi telah menjadi RM2000.

^_^

Sekarang aku sedang sibuk mengemas barang dan persiapan pulang,InsyaAllah aku akan pulang dalam masa terdekat ni.Setelah tarikh ditentukan akan aku umumkan disini.

Terima kasih yang tak terhingga buat semua sahabat yang dihormati sekalian.Jasa kalian hanya Allah yang punya kuasa untuk membalasnya.

Sebuah fakta menarik yang ingin ku kongsi kali ini ialah.Selama setahun aku ber blog,aku belum pernah melihat blog ku dari skrin komputer.Semuanya ku lakukan dengan menggunakan telefon bimbit dan kebanyakan tulisan ku ditulis dengan penuh santai dan berbaring atas katil sambil tersenyum seorang diri. ^_^

Jadi InsyaAllah pulangnya aku ke rumah nanti,aku boleh menulis dalam blog ini dengan serius dan lebih skema walaupun selama ni pun aku kelihatan serius?

Oh ya,atas permintaan dan pertanyaan orang ramai,aku telah aktifkan semula akaun facebook ku yang dulu aku deaktifkan jadi kepada sesiapa yang mahu menambah aku sebagai rakan facebooknya sila search E-mail aku mehmedalfatih_janissari63@yahoo.com di facebook yang bernama Ibnu Batoota dan pastikan kalian inbox dan nyatakan sebab-sebab kenapa aku mesti menerima anda sebagai rakan kerana akaun aku agak privasi bagiku. ^_^

Juga aku memohon maaf kerana banyak komen tidak terjawab dalam blog ini,hal ini kerana aplikasi blog dalam telefon ku ini sangat lembab dalam menjawab komen dan loadingnya sangat lama.Maka tolong maafkan aku,bukan aku tak mahu layan,tapi aku punyai masa terhad untuk blog ini.Jadi kepada yang punyai sebarang pertanyaan boleh lah E-Mail aku atau add Yahoo Mesengger aku tapi jaminan tidak diberikan kepada insan yang memberi mesej di inbox facebook aku kerana aku jarang on facebook ku dan kalau on pun aku tak buka inbox walaupun tertulis ‘inbox(1364963)’.

Sekian tulisan untuk kali ini~yang terakhir,kepada yang ingin menyertai perjumpaan rakan-rakan ibnu Batoota(lelaki sahaja) boleh maklumkan padaku untuk ku nyatakan tarikh yang tepat dan waktu serta tempat.

Posted with WordPress for BlackBerry.

Posted in My Life | 31 Comments

Ibn Batoota perlukan pertolongan anda~

Assalamualaikum kepada semua umat muslim dan salam sejahtera kepada yang belum memeluk agama islam~

Post kali ini agak menarik sikit sebab ia bukannya tentang tabligh,atau tentang wahabi,atau tentang islam,atau tentang kristian,atau tentang hidup aku,atau tentang atau atau atau atau dan segala atau yang ada~

Tapi…….

Post ini ditulis kerana aku ingin memohon bantuan kewangan daripada para pembaca sekalian yang aku tau korang banyak duit tapi korang suka buang duit korang kat kedai mamak,atau kedai runcit,atau shoping mall atau poket awek,atau poket abang jual burger.

Jadi hari ini,aku punyai sedikit masalah dan perlukan sumbangan daripada anda(bukan aku nak kalian nyanyi dengan suara sumbang dan tak ada kaitan juga dengan sumbang mahram)

Aku mahu pulang ke Malaysia secepatnya dan memerlukan sumbangan untuk tiket yang sedang dalam tawaran hebat lebih kurang RM3000(selalunya RM4000 ke atas).

Tolonglah sumbangkan sedikit seberapa yang mampu untuk aku pulang ke tanah air ku bertemu mama ku~abah ku~keluarga ku~peminat-peminat ku~kucing-kucing ku~bantal-bantal busuk ku~ T_____T

Aku sedang mengalami ke-tension-nan yang amat ketara saat ini menghasilkan sebuah tulisan yang penuh kerepek kali ini!

Walaubagaimanapun(dengan muka serius)….

Aku serius! =_=”

Aku perlu pulang segera,abah ku sedang sakit dan aku telah minta cuti dari madrasah ku sampai bulan september 2012 ini untuk berada di Malaysia.

Dan jika ada jodoh,aku akan mencari calon isteri yang sesuai(walaupun calon yang ku mahukan tak mungkin ku jumpa walau langit terbelah 45) untuk aku menikah dan bawa dia ke sini tinggal bersamaku menjadi orang Afrika dan membantu perjuanganku ini.

Kerja-kerja yang perlu dibuat

•Aku perlukan seseorang untuk masak untukku.

•Aku perlukan seseorang untuk iron baju aku.

•Aku perlukan seseorang untuk basuh baju aku.

•Aku perlukan seseorang untuk jadi bantal peluk aku.(Hahahaha~)

Jadi kalau anda tidak mahu menyumbangkan wang untuk tiket ku,sekurang-kurang carikan lah calon yang sesuai untuk ku dan mempunyai kelayakan melakukan kerja-kerja di atas.

Aku ni dah gila agaknya… =_=”

Ok lah..kepada sesiapa yang berminat untuk melabur dalam saham akhirat boleh lah bank in kan wang anda ke akaun ku iaitu:

Akaun Maybank:
157308016764(Muhammad Zakuan Faiz Bin Zainol)

Sepertimana yang anda tahu,aku datang disini tanpa bantuan kerajaan walaupun aku bermandi peluh cuba dapatkan bantuan namun gagal kerana madrasah adalah institusi yang tidak diiktiraf negara kita.

Jadi aku datang ke sini atas duit ku sendiri dan hasil kutipan orang ramai dan alhamdulillah aku juga dibiayai yuran dan tempat tinggal oleh zakat dari afrika.

Tetapi wang visa,wang tiket,wang poket,wang joli,wang kredit hp,wang buku,wang beli gula-gula,wang beli burger,semua itu tidak di biasiswakan dan ku harus cari sendiri.

Jadi pulang atau tidak aku ke Malaysia adalah bergantung kepada ihsan orang ramai kerana keluargaku tidak mampu menanggung ku.

Sekian coretan sedihku yang ku ekspresikan ke tulisan secara bahagia dan gembira dan penuh kegilaan.

Tapi hatiku…

Yang sebenarnya..

Pilu…~~~~

T_T

OUCH~!

OUCH~!

Posted with WordPress for BlackBerry.

Sambungan dari tulisan semalam:

Aku edit semula post ini untuk menambah beberapa perkara yang masih belum jelas.

Begini ceritanya,pada mulanya aku bercadang untuk selesaikan tahun 4 ku di madrasah ini yang bakal berakhir pada bulan 7 tahun 2012.Dan madrasah kami diberi cuti sepanjang bulan Ramadhan hingga Syawal.Jadi perancangan aku yang mula-mula ialah aku akan pulang ke Malaysia bulan 7 itu dan tidak kembali lagi ke Madrasah selepas Syawal tapi terus menyambung cuti selama setahun sehingga ke Syawal lagi satu.

Tapi setelah dimesyuaratkan dan situasi yang menimpa,maka ketua pelajar Malaysia dan penolongnya memutuskan bahawa adalah lebih baik aku pulang sekarang dan datang semula Syawal depan.

Hal ini kerana:

•Abahku sedang sakit di Malaysia dan aku perlu menjaganya,beliau mengalami sakit jantung.

•Abahku sudah tidak bekerja lagi lalu tidak mampu untuk menampung duit belanja aku disini,abang ku pula sedang menuntut di Universiti tempatan dan kini beliau sedang menghadapi tahun akhir.Jadi untuk tunggu abang aku habis belajar dan bekerja untuk keluarga,maka aku perlu pulang dan tinggal di Malaysia untuk menjaga keluargaku dan meringankan beban keluargaku selama setahun(mereka tak perlu beriku wang poket selama setahun ini di Afrika).Pada tahun yang akan datang,abangku akan mula bekerja dan dia yang bakal menampung kos hidup aku disini.

•Aku juga memerlukan masa cuti yang panjang untuk aku cari calon,uruskan hal nikah dengan pejabat agama,uruskan perkahwinan,uruskan visa isteri dan bekerja sementara untuk membeli tiket isteri dan bawa ke sini.Sesampainya aku di Afrika,ayah angkatku disini punyai abang ipar yang merupakan orang besar dalam sebuah organisasi Islam yang khusus memberikan bantuan kepada pelajar madrasah yang ingin menikah semasa belajar.Jadi soal nafkah dan tampungan disini Alhamdulillah selesai kerana mendapat sponsor.

•Aku juga mahu mendalami ilmu Nahu dan Sorof bahasa arab di Malaysia dalam bahasa melayu sementara aku disana kerana ketika aku belajar nahu di sini dulu,aku kurang memahaminya kerana kami belajar dalam bahasa urdu,tambahan lagi aku kurang memberikan usaha tambahan untuk memahaminya waktu itu menyebabkan sukar untuk ku fahami kitab bahasa arab tinggi yang bakal ku pelajari tahun hadapan.

•Aku juga mahu mendalami ilmu feqah mazhab Syafi’e di Malaysia kerana tahun yang mendatang di madrasahku kami akan mempelajari perbandingan mazhab yang 4,jadi aku perlu pakar dalam mazhab ku,walaupun ku tahu tak mungkin aku dapat pakar dalam masa setahun,tapi aku cuba mengutip sebanyak ilmu yang boleh dan buat persediaan untuk hadapi tahun seterusnya.

•Aku juga ingin rehatkan minda aku yang dah tepu ni…di samping dapat berdakwah di Malaysia. =_=”

•Aku juga ingin selesaikan urusanku dengan beberapa syarikat penerbitan buku Islam di negara kita untuk aku menerbitkan buku aku yang sedang aku tulis sekarang di bawah pimpinan Maulana Ibrahim Mia iaitu anak murid Syeikhul Hadith Maulana Zakariyya Khandahlawi rah. penulis kitab biru terkenal Fadhilat Amal.

•Aku juga ingin selesaikan urusanku dengan seorang penulis novel Malaysia yang ingin berbincang denganku tentang kisahku yang beliau sangat berminat untuk novelkannya.

•untuk mencari calon yang sesuai juga memerlukan masa yang lama…haih….=_=”

•aku juga mempunyai beberapa lagi masalah yang perlu ku selesaikan di Malaysia yang malas aku nak cerita.

Ok~sampai sini dulu.

Terima Kasih sangat-sangat kepada pembaca yang baik hati mendermakan wang kalian kepadaku.Semoga pahal perjuangan ku ini dikongsi bersama kalian….

^_^

Posted in My Life | 42 Comments

Ibn Batoota berkata ‘Muhammad itu Nabi terakhir yang diramalkan dalam Torah,Bible dan Al-Quran’ episod 2

A

John the Baptist

John the Baptist

Assalamualaikum semua pembaca muslim dan salam sejahtera kepada yang masih belum memeluk Islam dan masih mencari-cari kebenaran.

Aku tiba-tiba teringat ketika zaman gelapku dulu,lagu yang paling ku dan kawanku minati ialah lagu Kurt Cobain dari kumpulan Nirvana iaitu “man who sold the world”~

“We passed upon the stair, we spoke in was and when
Although I wasn’t there, he said I was his friend
Which came as a surprise, I spoke into his eyes
I thought you died alone, a long long time ago

Oh no, not me
We never lost control
You’re face to face
With The Man Who Sold The World

I laughed and shook his hand, and made my way back home
I searched for a foreign land, for years and years I roamed
I gazed a gazeless stare, we walked a million hills
I must have died alone, a long long time ago

Who knows? Not me
I never lost control
You’re face to face
With the Man who Sold the World

Who knows? not me
We never lost control
You’re face to face
With the Man who Sold the World”

Kurt Cobain yang mampus kena head shot dengan shot gun~

Kurt Cobain yang mampus kena head shot dengan shot gun~

Ehem~ehem~

Jadi apa kaitan dengan post kali ni?

=_=” tak ada kaitan pun..aku saja merepek…otak tengah pening dari tadi duk menyemak Quran dan Bible~

Oh Bible~

Tatkala mindaku hanyut memberi tumpuan penuh saat ku selak lembaran-lembaran dari kitab yang dikatakan suci oleh penganut agama langit salibi versi King James,mataku tiba-tiba tertarik pada sebuah ayat yang benar-benar telah menyegarkan otakku semula kepada kajian lama ku bertahun lalu iaitu berkenaan ‘nabi misteri’ yang diramal dalam kitab ‘perjanjian lama’ atau mahsyur digelar ‘old testement’.

Ayat yang benar-benar mencuri perhatianku itu ialah dari surah John berkenaan beberapa Yahudi yang datang bertemu dengan dia(John atau nama islamnya Nabi Yahya) iaitu:

“And they asked him, What then? Art thou Elias? And he saith, I am not. Art thou that prophet? And he answered, No”. (John 1:21)

Dipetik dari Bible versi King James dan aku terjemahkan ia ke dalam bahasa Melayu seperti berikut:

Lalu mereka bertanya kepadanya: “Kalau begitu, siapakah engkau? Elias?” Dan ia menjawab: “Bukan!” “Engkaukah nabi yang akan datang?” Dan ia menjawab: “Bukan!” (John 1:21)

Yang menarik mataku ialah perkataan dalam soalan terakhir ayat itu iaitu ‘that prophet’ atau ‘nabi itu’ atau lebih mudah ku terjemahkan sebagai ‘Nabi yang akan datang’….

Hmm…menarik….

Jika aku bertanya kepada kebanyakan orang kristian awam siapakah Nabi yang akan datang itu? maka mereka jawab,

tidak tahu…

Itu fenomena biasa bagi sesuatu penganut agama tidak tertinggal juga Islam mengalami nasib yang sama kerana kebanyakan penganutnya tidak tahu atau jahil tentang agama bahkan nama penuh nabinya sendiri juga mereka mungkin tidak tahu?

Mungkin? =_=” innalillahi wa inna ilaihi raji’un…….

Ops~kepada yang belum punya ilmu,tentu kalian fikir ayat yang ku ucap itu adalah ucapan bila menerima berita kematian kan?

^____^

Biasa la tu..aku dulu macam tu juga,tapi setelah ku pelajari lalu ku sampaikan bahawa ucapan itu adalah sebuah doa yang diucapkan nabi apabila terkejut atau menerima berita musibah.Dan berita kematian adalah berita yang mengejutkan jadi ia disebut ketika itu,jadi jika mendapat berita yang kalian gagal dalam semua subjek di universiti jangan lupa amalkan sunnah nabi ni ye?

Ops~back to the story~

Yang menariknya bila ku bertanya pada penganut Kristian yang berilmu dan dianggap a’lim berkenaan siapakah ‘Nabi yang akan datang’ itu maka mereka akan menjawab spontan bahawa ‘nabi yang akan datang’ itu ialah ISA!bukan I.S.A. lah…. =_=”

Tapi Nabi Isa a.s…

3 insan yang dicari

Seperti yang ku katakan sebelum ini,ayat ini berkenaan beberapa orang Yahudi yang mencari-cari 3 insan yang mereka tunggu iaitu:

1)Messiah atau al-Masih
2)Elias
3)Nabi yang akan datang

Jadi mari kita semak satu persatu,ketika beberapa Yahudi itu datang kepada John si Pembaptis(Nabi Yahya)ketika itu baginda sezaman dengan Nabi Isa dan mereka saling mengenali.Jadi Yahudi itu bertanya apakah dia(John) itu Messiah?

Dia menjawab TIDAK!

Itu wajar kerana ‘Messiah’ atau ‘al-Masih’ itu sememangnya nabi Isa dan ia tidak disangkal oleh sesiapa termasuk Islam yang menyatakan al-Masih itu gelaran atau nama lain bagi Nabi Isa.

Kemudian mereka bertanya apakah dia(John) itu Elias?

Dia menjawab TIDAK!

Hal ini BERCANGGAHAN DENGAN AYAT YANG LAIN DALAM BIBLE iaitu surah Matthew chapter 17 ayat 11-13 yang berbunyi:

“Jesus replied, “To be sure, Elias comes and will restore all things. But I tell you, Elias has already come, and they did not recognize him, but have done to him everything they wished. In the same way the Son of Man is going to suffer at their hands.” Then the disciples understood that he was talking to them about John the Baptist”. — Matthew 17:11-13

Kesiaan… =_=” nabi Isa dan Nabi Yahya yang dianggap tak malu oleh orang Kristian,berbogel di khalayak ramai..

Atau dalam Bahasa Melayunya:

Jawab Jesus(Nabi Isa): “Memang Elias akan datang dan memulihkan segala sesuatu dan Aku berkata kepadamu: Elias sudah datang, tetapi orang tidak mengenal dia, dan memperlakukannya menurut kehendak mereka. Demikian juga Anak Manusia akan menderita oleh mereka.”Pada waktu itu mengertilah murid-murid Jesus bahwa Dia berbicara tentang John si Pembaptis.

Dalam surah John,John the Baptist(Nabi Yahya) menafikan dengan tegas bahawa dia BUKAN ELIAS tapi dalam surah Matthew, Jesus pula menyatakan bahawa Elias yang ditunggu-tunggu itu telah datang dan itu adalah John the Baptist.

Persoalan Pertama

Jadi siapakah yang menipu????

Nabi Isa penipu kah???

John si Pembaptis(Nabi Yahya) penipu kah???

Bagaimana mungkin 2 nabi besar ini menipu???

Jadi dengan ukiran senyuman ku nyatakan bahawa yang menipu ialah para Paderi/Priest yang mengubah Bible itu!!!

Seperti yang dinyatakan oleh Allah swt dalam Al-Quran:

“Maka kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang menulis Al-Kitab dengan tangan mereka sendiri, lalu dikatakannya: “Ini dari Allah,” (dengan maksud) untuk memperoleh keuntungan sedikit dengan perbuatan itu. Maka kecelakaan besarlah bagi mereka akibat dari apa yang ditulis oleh tangan mereka sendiri, dan kecelakaan besarlah bagi mereka akibat apa yang mereka kerjakan” (Al-Quran;Surah Al-Baqarah ayat 79)

Maka itu persoalan pertama tentang ayat disitu,aku serahkan pada penganut Kristian untuk menyelesaikan masalah ini.. ^_^

Persoalan Kedua

Dup dap..dup dap…berdebar weyh~ =_=”

Ok!

Persoalan kedua yang timbul ialah,jika Nabi yang ditunggu yang disebut dalam surah John itu adalah Nabi Isa(seperti yang didakwa alim Kristian)maka apa yang aku ingin katakan disini dengan ukiran senyuman sekali lagi ialah

JIKA BENAR DAKWAAN KALIAN PENGANUT KRISTIAN BAHAWA “NABI YANG DITUNGGU” ITU IALAH NABI ISA MAKA JESUS ITU BUKAN LAH ANAK TUHAN TETAPI SEORANG NABI!!!!

^_^ CAAAK~Peaceeee~no war laaaah~

Wait~wait~wait~aku tak habis menggedik lagi~

Hmmmmppmm~(tarik nafas dalam-dalam)

JIKA NABI ISA ADALAH ‘NABI YANG DITUNGGU’ ITU MAKA SIAPA PULA MESSIAH?????

Adakah Tuhan tersilap hantar wahyu…? =_=”

Berikut ku nyatakan ayat dari surah John chapter 1 ayat 21 tu dan juga kunyatakan apa ayat sebelumnya dan selepasnya dan para pembaca boleh menilai sendiri ‘wahyu’ ini.. ^_^

19) Dan inilah kesaksian John si pembaptis(Nabi Isa) ketika orang Yahudi dari Yerusalem mengutus beberapa imam dan orang-orang Lewi kepadanya untuk menanyakan dia: “Siapakah engkau?”

20) Ia mengaku dan tidak berdusta, katanya: “Aku bukan Messiah.”

21) Lalu mereka bertanya kepadanya: “Kalau begitu, siapakah engkau? Elias?” Dan ia menjawab: “Bukan!” “Engkaukah nabi yang akan datang?” Dan ia menjawab: “Bukan!”

22) Maka kata mereka kepadanya: “Siapakah engkau? Sebab kami harus memberi jawab kepada mereka yang mengutus kami. Apakah katamu tentang dirimu sendiri?”

23) Jawabnya: “Akulah suara orang yang berseru-seru di padang gurun: Luruskanlah jalan Tuhan! seperti yang telah dikatakan nabi Yesaya.”

24) Dan di antara orang-orang yang diutus itu ada beberapa orang Farisi.

25) Mereka bertanya kepadanya, katanya: “Mengapakah engkau membaptis, jikalau engkau bukan Messiah, bukan Elias, dan bukan nabi yang akan datang?”

Anyway,3 insan yang dicari Yahudi itu ialah sepertimana yang kita tahu iaitu

1)Messiah/Al-Masih/Nabi Isa
2)Elias
3)Nabi yang ditunggu

•Nabi Isa adalah insan pertama

•John si Pembaptis(Nabi Yahya) adalah insan kedua(mengikut dakwaan Jesus sendiri walaupun John tidak mengakuinya)

•Jadi siapakah Nabi yang ditunggu itu???

Masih ada nabikah selepas Nabi Isa???

Maka soalan itu sudah ada jawapannya daripada Allah tuhan aku,tuhan Muhammad,tuhan Jesus dan tuhan kamu iaitu seperti yang terukir indah dalam Al-Quran surah Saff yang berbunyi:

“Dan (ingatlah juga peristiwa) ketika Nabi Isa ibni Maryam berkata: “Wahai Bani Israil, sesungguhnya aku ini Pesuruh Allah kepada kamu, mengesahkan kebenaran Kitab yang diturunkan sebelumku, iaitu Kitab Taurat, dan memberikan berita gembira dengan kedatangan seorang Rasul yang akan datang kemudian daripadaku – bernama: Ahmad”. Maka ketika ia datang kepada mereka membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata, mereka berkata: “Ini ialah sihir yang jelas nyata!”

NABI YANG AKAN DATANG ITU ADALAH NABI MUHAMMAD!!!!!

NABI YANG AKAN DATANG ITU ADALAH NABI MUHAMMAD!!!!!

NABI YANG AKAN DATANG ITU ADALAH NABI MUHAMMAD!!!!!

Maka apakah yang menghalang kalian untuk berfikir?

Maka apakah yang menghalang kalian untuk berfikir?

Maka apakah yang menghalang kalian untuk berfikir?

MAKA APAKAH YANG MENGHALANG KALIAN UNTUK BERFIKIR?????????

Posted with WordPress for BlackBerry.

Posted in Kristianiti | 8 Comments

Ibn Batoota berkata ‘Muhammad itu Nabi terakhir yang diramalkan dalam Torah,Bible dan Al-Quran’ episod 1

Assalamualaikum semua kepada pembaca muslim dan Salam Sejahtera kepada yang belum masuk Islam….

Dulu kami hidup dengan penuh kehinaan,
Dulu kami melewati waktu hidup kami tanpa tujuan,
Kami membunuh dan merompak tanpa kasihan,
Sebelum datangnya si dia berwajah indah bak rembulan,
Dia datang berikan kami harapan,
Dia datang menerangi kami dari kegelapan,
Kedatangan dia menghapuskan kehinaan,
Dan diganti dengan kemuliaan,
Sepanyol di tangan kiri kami dan Delhi di tangan kanan,
Kepada kami Tuhan beri kekuasaan,
Dia lah Muhammad seorang utusan,
Dia lah utusan yang memenuhi bumi dengan keadilan,
Dengan Allahu Akbar kami laungkan,
Di bawah payungnya kami perjuangkan,
Kalimah yang agung,kalimah KEBENARAN!!!

Aku di waktu kecil
Sejak aku kecil,aku sering ketakutan melihat lambang salib yang sering aku lihat di gereja dekat dengan rumahku.Di bawah salib yang besar itu terdapat patung seorang lelaki dalam kotak kaca yang bisa terlihat dari luar gereja.Lelaki itu berjubah putih panjang dan sering menghantui aku dalam mimpi.Aku tidak pernah tenang dengan salib dan patung itu.

Nabi Isa itu Nabi,bukan anak Tuhan.

Nabi Isa itu Nabi,bukan anak Tuhan.

Lalu ku cuba perhatikan dan berfikir apakah itu?

Namun otak kecilku yang terbatas tidak dapat pelajari apakah ia dan bila ku bertanya pada mamaku yang dijawab adalah,

‘itu gereja orang Kristian..’

Nama kristian itu aku hafal hingga ku berumur 13 tahun sewaktu menuntut di Penang Free School ku berkawan dengan seorang lelaki berbangsa Cina yang beragama Kristian.Kami berkawan rapat dan bersama ke mana sahaja.Dan dia bertanya padaku suatu hari..

‘U percaya ka sama Adam?’

Aku tersentak,dan terfikir,

‘Macam mana dia kenal Adam?’

Aku bertanya padanya soalan itu dan dia menjawab,

‘Haiiyyaaa!kami orang Kristian percaya sama Adam la,dan nabi-nabi yang lain,Adam tu bapa manusia..’

Aku terkejut!!!Whoaaaa!

‘Jadi Kristian dan Islam samalah???’

Dia jawab,

‘Entah..aku pun talak tau..aku ikut mumy dady aku saja…’

Dari situ aku semakin berminat mengkaji tentang Kristian dan bertanya pada Ustaz dan Ustazah hingga membuatkan mereka risau yang aku terlampau berminat dengan agama itu.Tapi pada waktu itu,aku tetap teguh dengan Islamku dan yang membuatku melonjak untuk mengetahui tentang Kristian ialah apa kaitannya dengan Islam?Kalau kami percaya perkara yang sama,kenapa dua agama tu tidak bergabung?

Syeikh Deedat

Syeikh Ahmed Deedat yang ku kagumi

Syeikh Ahmed Deedat yang ku kagumi

Persoalan terus bermain di fikiranku hinggalah ketika berumur 15 tahun aku dikenalkan dengan seorang pendakwah hebat dari Afrika Selatan yang bernama Syaikh Ahmed Deedat.Aku cuba mendengar debatnya dan membaca debatnya di buku-buku namun sukar ku fahaminya kerana bahasa inggerisku yang sangat daif saat itu.Lalu ku pelajari bahasa itu dengan bersungguh-sungguh untuk ku fahami apa sebenarnya yang diucapkan beliau.

Aku sekarang punyai kemampuan mengkaji sendiri dan mengkaji dengan lebih mendalam apa itu kristian.Merata tempat aku cari Bible tapi tidak ketemu yang akhirnya ayat-ayat Bible aku rujuk dari internet,ada pelbagai versi terjemah.Dari situ ku baca Bible dan bandingkan dengan Al-Quran,tidak sedikit yang ku temu selari dengan apa yang dikatakan Al-Quran menambahkan yakin aku pada ISLAM bukan pada KRISTIAN kerana jika Nabi Isa didatangkan kepada bani Israel untuk membenarkan isi kitab Taurat seperti termaktub dalam Bible,

“Janganlah kamu menyangka, bahwa Aku datang untuk meniadakan hukum Taurat atau kitab para nabi. Aku datang bukan untuk meniadakannya, melainkan untuk menggenapinya(melengkapkannya)”. (Matthew 5:17)

Maka Nabi Muhammad yang juga ajarannya selari dengan Nabi Isa itu bukannya datang dengan agama baru atau meniadakan hukum injil tapi sebagai pelengkap perjanjian(final testement) dan sebagai Nabi terakhir yang muncul untuk umat akhir zaman seperti yang diceritakan oleh Bible sendiri!

Sepertimana firman Allah dalam Al-Quran surah Yunus ayat 37:

“Dan bukanlah Al-Quran ini sesuatu yang boleh diada-adakan oleh yang lain dari Allah; tetapi Al-Quran itu diturunkan oleh Allah untuk membenarkan Kitab-kitab yang diturunkan sebelumnya, dan untuk menjelaskan satu persatu hukum-hukum Syarak yang diwajibkan (atas kamu); tidak ada sebarang syak dan ragu-ragu pada Al-Quran itu tentang datangnya dari Allah, Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan sekalian alam.”

Maka jelas peranan Jesus(nabi Isa) dan Nabi Muhammad itu sama!Mereka membenarkan apa yang diutus sebelum mereka,apakah ini kebetulan?bagaimana mungkin Muhammad tahu apa isi kitab Injil hingga beliau mampu menyatakan perkataan yang betul-betul sama dengan apa yang dinyatakan Injil?

Jika injil atau Bible kalian dakwa sebagai ayat dari Tuhan,maka kalian perlu bersikap adil kepada Al-Quran juga sekaligus menerima bahawa Muhammad itu Nabi yang terakhir!!!

Mencari Bible

Selepas aku ditakdirkan ke Afrika Selatan,disini dengan begitu mudah untuk aku dapatkan pelbagai jenis versi Bible hingga kini aku menjumpai 19 versi Bible dan aku mempunyai 5 daripadanya.Harganya juga murah~ ^_^

Aku mulanya membina blog ini untuk menyampaikan ilmu Islam,bukan untuk mengislamkan orang-orang Kristian.Kerana bagiku,mentarbiah muslim yang tidak mengenal Islam itu lebih penting daripada mendakwahkan golongan Kristian kepada Islam,logiknya boleh dilihat disini.Para missionari(pendakyah Krsitian) cuba memurtadkan muslim di seluruh dunia khususnya di Malaysia dan sasaran utama mereka ialah golongan yang jahil agama,tak kenal siapa pencipta.

Jadi jika aku Islamkan orang kristian,orang kristian pula kristiankan orang Islam,jadi usaha aku itu jika diletakkan formula matematik akan memberi hasil SIA-SIA.Jadi lebih baik aku kuatkan orang Islam dengan Islam maka mereka tidak akan terkesan dengan dakyah,tipu daya dan sogokan wang dari pihak missionari.

Apabila semua orang Islam mengamalkan Islam,berakhlak seperti Nabi Muhammad,mengamalkan sunnah Nabi,masjid penuh seperti di zaman Nabi maka tiada dakwah yang diperlukan untuk mengislamkan kristian kerana mereka sendiri akan terpesona dan terpikat dengan indahnya Islam!Atas sebab itu aku memberi penekanan kepada orang Islam untuk menjadi orang Islam sebenar.

Dan yang berakal itu akan dapat memikirkan kata-kataku… ^_^

Maka kepada semua pembaca yang muslim,bangkit!jangan malu untuk mengamalkan sunnah Nabi mu!Sesungguhnya Nabi telah bersabda bahawa barangsiapa yang menghidupkan Sunnahku ketika umat dalam kerosakan(akhir zaman)maka baginya pahala 100X mati Syahid!!!

Telah aku seru dan Allah,bulan,bintang,matahari menjadi saksi bahawa ku telah menyeru kalian.Kepada yang lelaki,jangan malu untuk berjubah,berserban,jangan malu untuk ke masjid,sesungguhnya kalian akan dapati penyambut tetamu di masjid-masjid itu seperti aku tersenyum lebar menunggu kalian dengan penuh kasih sayang. ^____^

Kepada para muslimah,kepada yang belum bertudung,bertudunglah kalian,sesungguhnya Islam menyuruh kalian menutup aurat bukan atas maksud menindas tapi atas maksud ‘mutiara yang cantik itu tersimpan dalam cengkerang yang keras dan hanya didapati dalam lautan yang gelap’,Kalian para muslimah sangat dicintai Allah dan Rasul,tiada yang mereka inginkan melainkan memuliakan kalian!Kalian adalah permata mutiara indah untuk Islam,kerana itu aurat dan diri kalian hanya boleh ditebus oleh suami yang sah.Iaitu mereka yang sanggup menyelam ke lautan dalam untuk mendapatkan kalian yang sangat berharga!!! Bukan kah itu satu kemuliaan buatmu wahai saudari-saudari Islamku yang ku cintai? ^___^

Comel kan muslimah kita bertudung? ^_^

Comel kan muslimah kita bertudung? ^_^

Kepada yang telah bertudung,cubalah untuk berpurdah,jangan beri alasan tidak bersedia kerana ia dari Syaitan,dia akan memasukkan rasa tidak sedia itu ke dalam hatimu walaupun nyawamu cuma tinggal 2 saat.Bukankah kalian lebih indah jika berpurdah?

Saat di syurga kelak,setiap hari jumaat,semua penghuni syurga akan melawat Allah dan Allah akan buka hijab untuk memperlihatkan wajahNya kepada penghuni Syurga sebagai nikmat teristimewa,tapi bagi wanita muslimah yang didunia ini menjaga auratnya dan memakai purdah,Allah sendiri datang melawat para wanita berpurdah itu sebagai tanda kehormatan buat kalian.Bukankah itu kemuliaan yang besar buatmu wahai muslimah yang dicintai?^____^

Berpurdah itu umpama mutiara yang indah~^_^

Berpurdah itu umpama mutiara yang indah~^_^

Allah itu SATU

Semakin ku membesar,ku semakin kenal dengan agama ini dan ku faham kenapa kedua agama ini tidak bisa bergabung dan penyebab utamanya ialah puak Krsitian mentigakan tuhan yang satu sedangkan Islam mengajarkan bahawa Tuhan cuma SATU.

Selain agama Kristian yang menjadikan Nabi Isa sebagai orang penting mereka,ada satu lagi agama yang menjadikan Nabi Musa sebagai tokoh penting mereka iaitu agama Yahudi.Maka hari ini wujudlah ’3 agama langit’ iaitu Yahudi dengan Old Testement nya yakni Taurat,Kristian dengan New Testement nya yakni Injil dan Islam dengan Final testement nya yakni Al-Quran.

Bermula pada umur 16,aku semakin giat mengkaji tentang Kristian dan Bible dan aku mengkajinya kerana aku ingin tahu apakah dalam Bible terdapat ramalan atau maklumat tentang Nabi Muhammad?Mana mungkin seorang Nabi yang mana pengikutnya telah hancurkan empayar Rom dan Parsi tidak diceritakan Tuhan kepada nabi-nabi terdahulu sedangkan mereka itu dulunya sekelompok umat manusia yang jahil dan hidup umpama binatang hinggakan penakluk dunia mengabaikan mereka dan tidak berminat menakluk mereka dan tanah mereka kerana takut kejahilan dan kehidupan umpama binatang mereka merebak mempengaruhi rakyat dalam empayar mereka.

Bagaimana Muhammad tahu semua itu?

Seawal Alexender the Great,dia mengabaikan kaum Arab,begitu juga kerajaan Egypt,dan juga kerajaan Rom dan Parsi mengabaikan kaum ‘binatang’ ini.Hinggalah bangkit seorang nabi yang tidak tahu membaca dan menulis di tengah-tengah gurun yang panas dan dia menyatakan sesuatu yang sama seperti Jesus???

Bahkan dia menyebut dengan terperinci tentang Nabi-Nabi yang lain,tentang Nabi Sulaiman,Nabi Musa,Nabi Harun,Nabi Ibrahim.Sedangkan nama-nama itu hanya diketahui dari injil dan taurat yang langsung tidak diketahui oleh orang arab dan ketika itu juga injil belum pun diterjemahkan ke dalam bahasa arab dan jika diterjemahkan sekalipun,Muhammad tidak tahu membacanya!!!

Apakah Tuhan buta tidak melihat penaklukan Muhammad dan tenteranya ke atas bumi?

Apakah Tuhan terlupa untuk ceritakan tentang Muhammad kepada nabi-nabi sebelum ini?

Apakah ada Tuhan lain yang menceritakan tentang Nabi-nabi terdahulu SECARA TEPAT kepada Muhammad yang tidak tahu baca dan menulis?

Jadi tarik nafas dan berfikir sejenak…

Bagi orang yang punyai akal yang sihat tentu dapat memikirkan…bahawa..

DARI MANA MUHAMMAD TAHU TENTANG ITU SEMUA???????????

Tapi bagi orang yang menyorok di dalam bilik gelap sejak dilahirkan,dia tidak mungkin percaya matahari itu wujud dan bercahaya.Kebenaran itu terang seperti cahaya matahari,kerana itu aku betul-betul tidak memahami kenapa dan kenapa orang Kristian masih tidak mahu mengakui kenabian Nabi Muhammad yang terakhir?

Aku tinggalkan persoalan itu kepada kalian yang Tuhan kurniakan otak untuk berfikir bukan untuk berhenti berfikir dan mempercayai sesuatu yang kalian sendiri tidak yakin apakah ia benar atau tidak?

Setiap orang diberi akal

Jadi bagaimana lagi yang harus ku katakan?Kalau ku berikan bukti dan dalil dari Al-Quran tentu sekali kalian(kristian) tidak akan percaya?kerana bagi kalian Al-Quran yang begitu hebat gaya bahasanya hingga mengalahkan penyair-penyair hebat zaman itu ditulis oleh Muhammad yang tidak tahu membaca dan menulis dan tidak tahu menahu tentang Kristian atau Yahudi?

Budak kecil pun tahu dan faham bahawa orang yang tak boleh menulis,tak boleh membaca,macam mana nak hasilkan karya yang hebat yang membenarkan berita langit dari Taurat dan Injil?

Hal ini telah diberi jawapan oleh Allah,tuhan aku dan tuhan Muhammad dan tuhan Jesus iaitu,

“Dan tidaklah yang diucapkan itu(Al-Quran) menurut hawa nafsunya.Ucapan itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan(kepadanya).Yang diajarkan kepadanya oleh (Jibril) yang sangat kuat”

(Quran;Surah An-Najm:3-5)

Sebab itu ku katakan kalian ini punya akal tapi takut untuk berfikir kerana mahu berpegang teguh dengan agama nenek moyang kalian yang kalian sendiri tidak yakin.Sedangkan jika fikir sedikit sahaja kalian akan dapat bertemu dengan kebenaran itu.

Aku punya tuhan yang sama seperti kalian iaitu Allah,cuma beza antara kita ialah kalian mengatakan sesuatu kepada tuhan Allah yang tidak masuk akal dan beranggapan kalian di pihak yang benar?

Allah ada anak???

Bagaimana mungkin Allah mempunyai anak?jika Allah mahukan anak,kenapa Allah tak cipta anak yang ‘sejenis’ dengannya?Kalau aku tunjukkan kepada seekor anak babi dan katakan,

‘Ini anak kamu..’

Apa yang kalian akan katakan?marah?

Oh…kamu begitu mulia untuk tidak boleh ada anak yang tidak sejenis dengan kamu?Tapi kamu tidak tahu yang Allah sangat-sangat marah kerana sesuka hati kamu melantik manusia sebagai anakNya????

Apakah Allah begitu hina hingga boleh dinisbatkan manusia sebagai anaknya?sedangkan manusia itu perlu makan,minum,tidur,seks,dan Allah pula langsung tidak perlu kepada semua itu kerana Allah itu tuhan!!!

Jika kalian bertegas untuk menyatakan anak Allah itu dari kalangan manusia,maka jangan marah jika aku katakan anak kamu seekor babi??Bukan kah adil begitu?

Kalian akan menjawab bahawa babi itu binatang,sedangkan kita ini manusia.

Babi itu merangkak,manusia berjalan.

Babi itu tidak berpakaian,manusia berpakaian.

Babi tidak berakal,tapi manusia berakal.

Babi makan kotoran,manusia makan makanan bersih.

Kita tak perlu pergi jauh,jika aku menunjukkan seorang budak negro dan mendakwa ia seorang anak Cina,maka tentu orang berbangsa Cina tidak dapat menerima kenyataan itu walaupun negro itu sejenis yakni manusia.

Jadi apakah yang menghalang otak kalian daripada mengaplikasikan formula yang sama berkaitan Allah dan manusia?

Manusia perlu makan,Allah tak perlu makan,

Manusia perlu tidur,Allah tak perlu tidur,

Manusia perlu minum,Allah tak perlu minum.

Jadi bagaimana mungkin anak Allah itu dari kalangan manusia???

Ayat-ayat Allah..

Ayat-ayat Allah..

Allah swt berfirman memberi amaran kepada Musyrikin Mekah yang mendakwa bahawa para Malaikat itu ‘anak-anak perempuan’ Allah,

“Patutkah tuhan mengambil dari makhluk-makhluk yang diciptakanNya menjadi anak-anak perempuannya, dan Ia mengutamakan kamu dengan anak-anak lelaki?Padahal apabila diberitahu kepada salah seorang dari mereka dengan (berita bahawa ia beroleh anak perempuan seperti) yang dijadikannya sekutu yang sejenis dengan Allah Yang Maha Pemurah, muramlah mukanya sepanjang hari (kerana menanggung dukacita), sedang ia menahan perasaan marahnya dalam hati.”

(Quran;Surah Zukhruf:16-17)

*Keterangan ayat:Orang arab musyrikin ketika itu sangat malu jika mendapat anak perempuan dan akan terus menanamnya hidup-hidup jika isteri mereka melahirkan anak perempuan,dalam masa yang sama mereka berkata bahawa malaikat itu ‘anak-anak perempuan Allah’.

Jadi berfikirlah sejenak!!!Apakah patut Allah mengambil dari ciptaanNya sebagai anak?Jika Malaikat yang hebat pun Allah marah manusia katakan ia anak Allah,bagaimana pula kalian berkata ‘Isa itu anak Allah’ sedangkan manusia lebih daif dan lemah berbanding malaikat?

Maka apakah yang menyebabkan kalian tidak mahu berfikir?

Maka apakah yang menyebabkan kalian tidak mahu berfikir?

Maka apakah yang menyebabkan kalian tidak mahu berfikir?

Maka apakah yang menyebabkan kalian tidak mahu berfikir?????????????

-Tamat MUKADDIMAH untuk episod pertama-

Episod yang akan datang kita akan lanjutkan perbincangan kita tentang Allah,Jesus,Mary,Muhammad,Kristian dan Islam.

PEACE NO WAR laaaa~hahahaha~ ^_____^

Posted with WordPress for BlackBerry.

Posted in Kristianiti | 4 Comments

Ibn Batoota bercakap tentang Kristianiti…

Assalamualaikum kepada semua pembaca muslim dan salam sejahtera buat yang bukan muslim…

Selepas post perdebatanku dengan seorang lelaki kristian dari Afrika mendapat hit yang sangat tinggi selama setahun aku ber-blog ni iaitu 20000 lebih views dalam masa 10 jam(sedangkan blog aku tak pernah mendapat views lebih dari 300 selama blog ini dibuka sejak tahun lalu),maka ku dapati kisah tentang Islam dan kristian mendapat sambutan hangat.

Bahkan bukan pembaca muslim sahaja yang membacanya,pembaca kristian juga turut membaca tulisan daif ini.Maka ku ucapkan ribuan terima kasih kepada para pengunjung dan disebabkan ia permintaan para pembaca,maka suka untuk aku umumkan bahawa aku akan cuba menulis berkenaan Kristian dan Islam.

Seperti yang kalian ketahui,aku kini belajar di Madrasah(islamic school) di negara Kristian South africa yang pernah digemparkan oleh pendakwah terkenal Islam Syeikh Ahmad Deedat yang telah mengislamkan beribu-ribu penganut kristian yang ikhlas mencari kebenaran.Dan keadaan disini sangat terbuka dan rakyatnya cukup biasa dengan perdebatan secara sihat.Atas kerana itulah aku sering ditegur oleh penganut Kristian disini kerana sememangnya itu budaya mereka(seperti yang berlaku dalam perdebatan antara aku dan negro itu).

Jadi insyaAllah,disebabkan blog ini telah diterjah setelah lama menyembunyikan diri bahkan orang bukan Islam juga membacanya,maka ini peluang baik bagiku untuk ku nyatakan KEBENARAN SEBENAR kepada semua pengunjung tak kira Islam atau tidak.Mungkin juga blog ini dikunjungi oleh golongan murtad yang ‘murtad kerana miskin’ dan tukar kepada agama kristian kerana wang ini dapat membuka mata mereka bahawa mereka itu terlampau cintakan dunia hingga meletakkan dunia segala-galanya di depan dan kebenaran di belakang.

Seperti dalam sejarah telah tertulis ketika Nabi Muhammad(saw) mengutuskan surat agar menerima Islam kepada Raja Heraklius(Hercules?) Rome yang beragama kristian beliau dengan yakin bahawa surat itu datang dari seorang utusan Allah,namun beliau tidak memeluk Islam kerana risau akan kedudukan dan takhtanya sebagai Raja yang bakal terhapus jika dia memeluk Islam.

Begitulah zaman berzaman manusia tidak mahu tinggalkan kristian kerana duniawi mereka dan jelas sekali dalam sejarah agama Kristian ini pernah dipergunakan sebagai ‘bahan politik’ semata-mata.Bagi para pengkaji agama Kristian,tentu tahu apa yang sedang aku ucapkan,surat pengampunan,paus,Krismas dan lain-lain ‘nonsense’ hanyalah tipu daya golongan atasan waktu itu untuk mengekalkan pengaruh dan kuasa politik mereka.

Seperti yang berlaku di Malaysia,anak-anak muda yang tak kenal Allah,tak tahu baca Quran,tak tahu solat tapi di I.C nya tertulis ‘Islam’ inilah menjadi sasaran utama missionary(kumpulan pendakwah kristian) untuk mengkristiankan mereka dengan sejumlah wang.Mereka disogok wang dan diminta tukar agama lalu mereka pun murtad(nauzubillah) dan beriman bahawa Isa itu anak tuhan yang mana perkataan itu hampir-hampir meruntuhkan langit yang begitu marah dengan syirik yang amat BESAR itu!!!

Atas sebab itu Nabi Isa akan kembali ke muka bumi selepas diangkat ke langit untuk membuktikan kristian itu salah,bukan untuk membenarkan kristian itu benar.

‘Ya Ilahi ilahi lima taroktani?’ Ucapan ‘Jesus’(kononnya) ketika di tiang salib(versi arab) atau “Eli-Eli Lammasabacthtani” dalam versi Ibraninya yang bermaksud,
‘Wahai Tuhanku,wahai tuhanku,kenapa kau tinggalkan aku?’ Apakah ini ucapan seorang ‘anak tuhan’ yang kononnya RELA disalib demi pengampunan dosa manusia?

Bunyi macam tak rela je…. =_=”
Orang letak otak kat lutut mungkin fikir ini ayat yang penuh pasrah dan kerelaan.

Tambahan lagi kenapa Jesus menyebut ‘Tuhanku’?

Pelik…bukan yang dia seru tu BAPAK dia ke?

Kenapa dia tak merintih, ‘ya abi,ya abi’(wahai bapaku,wahai bapaku) atau ‘o my father’?

Nampaknya yang berkata perkataan itu BUKAN JESUS atau NABI ISA….

Ya benar…bukan baginda suci murni Nabi Isa bin Maryam yang sebut benda tu tapi adalah salah seorang ahli Hawariyyun(para sahabat Nabi Isa) yang mengkhianati baginda yang namanya tak asing lagi bagi penganut Kristian iaitu, ‘Judas Iscariot’ atau orang islam panggil dia ‘Yahuda Si Pengkhianat’.

Nabi Isa dah dinaikkan Allah ke langit la……… =_=”

Aku tak faham kenapa perkara begitu mudah tidak dapat difahami para penganut Kristian dan terus teguh dengan pendirian mereka bahawa Nabi Isa itu anak tuhan?Sedangkan tidak ada bukti yang menunjukkan baginda anak tuhan melainkan Bible yang bermacam-macam versi yang diubah mengikut nafsu oleh paderi-paderi yang khianat kepada Allah dan RasulNya.

Anyway,aku malas nak cakap panjang kat sini,sebenarnya cuma nak buat pengumuman je yang aku akan cuba merungkai tentang kristian dan Islam dan kita sama-sama ada otak boleh berfikir yang mana benar atau salah.

Sekian~ ^_^ peace No War

Syeikh Ahmed Deedat

Syeikh Ahmed Deedat

Posted with WordPress for BlackBerry.

Posted in Kristianiti | 8 Comments

Jemaah Tabligh mengamalkan bida’ah?

Assalamualaikum,puak Wahabi menuduh jemaah Tabligh sebagai pengamal bida’ah,begitu juga firqah-firqah yang lain menuduh dan memfitnah jemaah ini sebagai pengamal bidaah sedangkan jemaah ini sedang dan telah menghidupkan sunnah di seluruh dunia,dalam masa yang sama,para pencaci dan pemfitnah itu tidak kelihatan pun sunnah walau dalam diri mereka sendiri jauh sekali orang lain.

Puak Wahabi misalnya,mereka sering lantang menyatakan itu bida’ah,ini bida’ah sedangkan mereka tidak tunjukkan yang mana sunnah,jika mereka tunjukkan sekalipun yang mana sunnah,mereka sendiri jauh dari amalan sunnah itu.Satu perkara perlu diingat,agama ini tersebar dengan amalan dan akhlak,bukan dengan ceramah dan pandai berkata-kata semata-mata.

Jika kita lantang menjerit sana sini,tapi tidak tunjukkan amal,maka para pendengar tidak akan mendapat taufik untuk beramal dengan perkara yang didakwahkan itu.Bahkan ceramah yang mereka dengar itu semata-mata menjadi ‘halwa telinga’ dan menusuk kebencian pada umat semata-mata.Maka lahirlah ramai golongan manusia yang suka mengkafirkan orang lain,membida’ahkan orang lain dan menuduh orang lain dengan pelbagai tohmahan tanpa selidik.

Jadi disini,aku ingin menjawab kepada para penanya yang bertanya apakah jemaah ini mengamalkan bida’ah kerana mengehadkan masa keluar di jalan Allah sebanyak 3 hari,40 hari,4 bulan dan lain-lain?

Para Sahabat Keluar ke Jalan Allah:

Sebanyak 150 jemaah telah dihantar dari Madinah dalam masa 10 tahun tersebut. Baginda s.a.w. sendiri telah menyertai 25 daripada jemaah-jemaah tersebut. Sebahagian jemaah tersebut terdiri daripada 10,000 orang, ada yang 1,000 orang, 500 orang, 300 orang, 15 orang, 7 orang dan sebagainya. Jemaah-jemaah ini ada yang keluar untuk 3 bulan, 2 bulan, 15 hari, 3 hari dan sebagainya. 125 jemaah lagi sebahagiannya terdiri daripada 1000 orang, 600 orang, 500 orang dan sebagainya dengan masa 6 bulan, 4 bulan dan sebagainya.
Sekiranya kita menghitung dengan teliti maka akan didapati purata masa yang diberikan oleh setiap sahabat untuk keluar ke jalan Allah dalam masa setahun ialah antara 6 hingga 7 bulan.
(Petikan Bayan Maulana Yusuf: USAHA RASULULLAH SAW DAN SAHABAT RA DALAM KEHIDUPAN MADINAH)

Sahabat keluar 5 tahun:

Pada tahun 627M satu rombongan sahabat-sahabat Nabi S.A.W yang diketuai oleh Wahab bin Abi Qabahah dikatakan telah mengunjungi Riau dan menetap selama 5 tahun di sana (sebelum pulang ke Madinah)
(dipetik dari kitab ‘Wali Songo dengan perkembangan Islam di Nusantara’, oleh Haji Abdul Halim Bashah, terbitan Al Kafilah Enterprise, Kelantan, 1996, m/s 79, bab 9, ISBN 983-99852-8-0)

Sahabat radiyalaahu anhum keluar 6 bulan:
Bara Radiyallahu ‘anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam telah mengutus Khalid ibne-Walid Radiyallahu ‘anhu kepada penduduk Yamen untuk mengajak mereka masuk Islam. Bara berkata: Aku juga termasuk dalam jamaah itu. Kami tinggal di sana selama 6 bulan. Khalid radiyalaahu anhu selalu mengajak mereka untuk masuk Islam, tetapi mereka menolak ajakannya. Kemudian Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam mengutus ‘Ali ibne-Abi Talib Radiyallahu ‘anhu ke sana dan memerintahkan kepada Khalid r.a. untuk kembali dengan seluruh jamaah kecuali salah seorang dari jamaah Khalid r.a. yang mahu menemani Ali r.a, maka ia boleh ikut serta dengan Ali r.a. Bara r.a berkata: Akulah yang menemani Ali r.a. selama di sana. Ketika kami betul-betul dekat dengan penduduk Yaman, maka mereka keluar dan dan dating kehadapan kami. Lalu Ali r.a. mengatur shaf mereka untuk mengerjakan solah dan Ali yang menjadi imam dalam solah kami. Selesai solah, Ali r.a membacakan isi surat Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam kepada mereka. Setelah mendengar isi surat Rasulullah sallalaahu alayhi wasalam itu maka seluruh Bani Hamdan masuk Islam. Kemudian Ali r.a. menulis surat kepada Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam yang isinya memberitahukan tentang ke-Islaman mereka kepada baginda. Setelah isi surat tersebut dibacakan kepada Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam, maka baginda langsung sujud syukur kepada Allah Swt. Setelah mengangkat kepala, baginda berdoa: Keselamatan bagi Bani Hamadan. Keselamatan bagi Bani Hamadan. (Bukhari, Baihaqi, Bidayah-wan-Nihayah)
(Dipetik dari kitab Muntakhab Ahadith, bab Dakwah dan Tabligh, hadith 108)

Keluar 4 bulan:
Ibn Juraij berkata: “Ada seseorang yang menceritakan kepada saya bahawa pada suatu malam ketika Umar radiyalaahu anhu sedang berkeliling (ghast) di sekitar lorong-lorong kota Madinah, tiba-tiba beliau mendengar seorang wanita sedang melantunkan sya’ir:
Betapa panjang malam ini dan betapa gelap di sekelilingnya
Daku tidak boleh tidur kerana tiada yang tersayang yang boleh ku ajak bercumbu
Andai bukan kerana takut berdosa kepada Allah yang tiada sesuatu pun dapat menyamaiNya
Sudah pasti ranjang ini di goyang oleh yang lainnya
Ketika Umar r.a. mendengar sya’irnya itu, maka dia bertanya kepada wanita tersebut, “Apa yang terjadi padamu?” Wanita itu menjawab, “Saya sangat merindukan suami saya yang telah meninggalkan saya selama beberapa bulan.” Umar r.a. betanya, “Apakah kamu bermaksud melakukan hal yang buruk?” Wanita itu menjawab, “Saya berlindung kepada Allah.” Umar r.a. berkata, “Kuasailah dirimu! Sekarang saya akan mengutus orang untuk memanggil suami mu.”
Setelah itu Umar r.a. bertanya kepada anak perempuannya Hafsah r.anha, “Aku akan bertanya padamu mengenai sesuatu masalah yang membingungkan aku, mudah-mudahan kamu boleh memberi jalan keluar untukku. Berapa lama seorang wanita mampu menahan kerinduan ketika berpisah dari suaminya?” Mendengar pertanyaan itu, Hafsah r.anha menundukkan kepala merena merasa malu. Umar r.a. berkata, “ Sesungguhnya Allah tidak pernah merasa malu dalam hal kebaikan.” Hafsah menjawab sambil berisyarat dengan jari tangannya, “Tiga sampai empat bulan.” Kemudian Umar r.a. menulis surat kepada setiap amir (pimpinan) pasukan tentera Islam supaya tidak menahan anggota pasukannya lebih dari 4 bulan.” (Riwayat Abdur Razzaq dalam kitab Al-Kanz Jilidl VIII, m/s.308).

Ibnu ‘Umar (Radiallahu’Anhu) mengatakan bahawa pada suatu malam Umar r.a. keluar (untuk melihat ehwal orangramai), tiba-tiba belaiu mendengar seorang wanita sedang bersya’ir:
Betapa panjang malam ini dan betapa gelap di sekelilingnya
Aku tidak boleh tidur kerana tida yang tersayang yang boleh kuajak bercumbu.
Kemudia Umar r.a. bertanya kepada Hafsah r.anha, “Berapa lama wanita dapat bertahan tidak bertemu dengan suaminya?” Hafsah r.anha menjawab, “Enam atau empat bulan.” Maka Umar r.a. berkata, “Untuk selanjutnya saya tidak akan menahan tentera lebih dari masa itu.” (Hr. Baihaqi dalam kitabnya jilid IX m/s 29)
[seperti yang dipetik dari kitab Hayatus Sahabah, bab Al-Jihad]

Keluar 40 hari:
“Seorang lelaki telah datang kepada Saiyidina Umar ibnu Khattab r.a. maka Saiyidina Umar r.a. pun bertanya: Di manakah engkau berada? Dijawabnya: Saya berada di Ribat. Saiyidina Umar r.a. bertanya lagi: Berapa hari engkau berada di Ribat itu? Jawabnya tiga puluh hari. Maka berkata Saiyidina Umar r.a.: Mengapa kamu tidak cukupkan empat puluh hari?
(Kanzul Ummal, Juzuk 2 muka surat 288, dipetik dari kitab ‘Risalah ad Dakwah – Apa itu Dakwah Tabligh’, susunan Hj. Abdul Samad Pondok Al Fusani Thailand, terbitan Perniagaan Darul Khair, 1988)

Keluar 3 Hari:
Daripada Ibnu Umar r.a. berkata: Nabi SAW telah memanggil Abdul Rahman bin Auf r.a. lalu bersabda: Siap sedialah kamu, maka sesungguhnya aku akan menghantar engkau bersama satu jama’ah maka menyebut ia akan hadis dan katanya: Maka keluarlah Abdul Rahman hingga berjumpa dengan para sahabatnya, maka berjalanlah mereka sehingga sampai ke suatu tempat pertama bernama Daumatul Jandal, maka manakala ia masuk ke kampung itu ia mendakwah orang-orang kampung itu kepada Islam selama tiga hari. Manakala sampai hari yang ketiga dapat Islamlah Asbagh bin Amru al Kalbi r.a. dan adalah ia dahulunya beragama Nasrani dan ia ketua di kampung itu.
(Hadith riwayat Darul Qutni, dipetik dari kitab ‘Risalah ad Dakwah – Apa itu Dakwah Tabligh’, susunan Hj. Abdul Samad Pondok Al Fusani Thailand, terbitan Perniagaan Darul Khair, 1988)

Fatwa Ulama:
Oleh Mufti Ebrahim Desai, Darul Ifta, Madrasah In’aamiyyah, Camperdown, South Africa.

Istilah, ‘Tashkeel’ (yang biasa digunakan dalam Jamaah Tabligh), bermaksud menyeru orang ramai kaum Muslimin untuk memberi masa mereka, untuk keluar ke Jalan Allah bagi tujuan pengislahan diri dan membuat kerja dakwah dan tabligh dalam jangkamasa tertentu, seperti 3 hari, 10 hari, 15 hari, 40 hari, 4 bulan, 7 bulan, 1 tahun dsbnya. Jangkamasa tersebut bukan satu kemestian tapi ianya hanya dianjurkan seperti mana seseorang yang mengikuti kursus kecemasan (first aid), misalnya, dianjurkan untuk mengikuti kursus praktikal selama sebulan. Walaupun tidak bermakna yang dia terus akan jadi doktor pakar, sekurang-kurangnya dia tahu apa yang perlu dia lakukan semasa kecemasan. Begitu juga, seseorang yang keluar ke Jalan Allah selama 3 hari, atau 40 hari, atau 4 bulan dsbnya, bukan bermakna dia telah menjadi seorang yang ahli atau pakar dalam Shari’ah, tapi sekurang-kurangnya dia tahu apa kehendak-kehendak asas dalam Shari’ah. Lebih lama masa yang dia berikan untuk keluar ke Jalan Allah, lebih banyak dia akan belajar dan menyempurnakan dirinya sebagai seorang Mukmin. Jangkamasa keluar tersebut bukanlah kriteria yang diwajibkan mengikut Shari’ah..
Dan Allah Maha Mengetahui.
(Mufti Ebrahim Desai, FATWA DEPT, Jawapan No. 2611)

Mereka berkata: Orang-orang Tabligh membuat bida’ah berupa keluar di jalan Allah secara berjemaah dan membatasi masa keluar 3 hari, 40 hari dan 4 bulan.

Kami katakan: Sesungguhnya keluar untuk memperbaiki diri adalah seperti keluar untuk menuntut ilmu dan hidayah. Juga seperti keluar untuk mendakwah manusia kepada Allah dan mengajar mereka hal-hal yang bermenafaat di dunia dan akhirat. Semuanya itu adalah keluar di Jalan Allah, apabila di landasi niat yang benar dan untuk mengapai redho Allah Ta’ala, bukan untuk memperolehi harta dan penghormatan atau untuk hiburan, permainan dan kebatilan. Adalah termasuk kelakuan bodoh atau pura-pura bodoh apabila ada orang yang mengingkari keluarnya Jemaah Tabligh untuk kepentingan hidayah bagi manusia, mengajar mereka, memperbaiki diri mereka dan mendidik rohani mereka. Padahal Rasulullah (sallalaahu alayhi wasalam) bersabda, “Satu petang atau satu pagi keluar di jalan Allah, lebih baik daripada mendapatkan dunia dan segala isinya. Juga sabda Rasulullah (sallalaahu alayhi wasalam), “Barangsaiapa mendatangi masjid ini, semata-mata untuk kebaikan yang ia ajarkan atau ia pelajari, laksana mujahid fi sabilillah.” Dan banyak lagi hadith sahih dan hassan yang mengajarkan dan memberi semangat untuk keluar di Jalan Allah. Alangkah ajaibnya perkataan mereka bahawa keluarnya Jemaah Tabligh adalah bida’ah! Dan lebih ajaib lagi mereka berhujah terhadap “keluar fi sabilillah secara berjemaah adalah bida’ah” dengan jangkaan mereka bahawa Rasulullah (sallalaahu alayhi wasalam) mengirimkan Mu’az (radiyalaahu anhu) ke Yaman sendirian saja dan tidak berjemaah. Mereka lupa atau tidak tahu bahawa Rasulullah (sallalaahu alayhi wasalam) tidak mengirimkan Mu’az (radiyalaahu anhu) sendirian tetapi mengirimkan Abu Musa Al Asy’ary (radiyalaahu anhu) bersamanya. Baginda (sallalaahu alayhi wasalam) bersabda kepada keduanya, “Gembirakanlah mereka dan jangan kalian buat mereka lari. Mudahkan mereka dan jangan kalian persulit. Bertolong-tolonglah kalian dan jangan berselisih.” Juga beliau mengirimkan Ali bin Abi Talib dan Khalid bin Sa’id bin al Ash (radiyalaahu anhuma). Bersama mereka baginda (sallalaahu alayhi wasalam) mengirimkan rombongan besar untuk dakwah, ta’leem dan memutuskan perkara diantara manusia.

Tentang pembatasan masa keluar yang mereka katakan sebagai Bidaah, adalah peraturan dakwah sebagaimana peraturan sekolah dan universiti yang mengenal batasan masa belajar dan kerehatan, untuk menyiapkan bekal dan perbelanjaan selama masa keluar. Apakah dengan demikian, orang-orang Tabligh dianggap membuat bida’ah kerena mereka mengatur hari-hari untuk kepentingan dan khuruj fi sabilillah (keluar di jalan Allah)? Subhanallah!
Mereka yang mengatakan demikian seperti yang dikatakan di dalam syair “Pandangan ridho/senang selalu tumpul terhadap setiap aib, sedang pandangan benci selalu membongkar keburukan.”
Apakah yang menyebabkan kemarahan kalian, wahai hamba-hamba Allah!?
Seorang hamba Allah, mendakwah manusia pada Allah Ta’ala, kemudian dia mendapat keredhaan untuk dirinya dan saudara-saudaranya yang ia dakwah. Jiwa mereka menjadi suci, hati mereka menjadi bersih dan akhlak mereka menjadi mulia disebabkan mereka selalu mengucapkan kata-kata yang baik dan melakukan amal-amal yang soleh.
Apakah yang menyebabkan kalian marah, wahai hamba-hamba Allah!? Semoga Allah sentiasa menjaga kita. Kami tidak dapat mengatakan bahawa dalam Jemaah Tabligh ada sesuatu yang dapat di anggap sebagai penghalang manusia dari Jalan Allah. Alhamdulillah.

Ditulis oleh Sheikh Abu Bakar Jabir Al-Jazairy
Guru Besar di Masjid Nabawi dan Universiti Madinah Al-Munawarrah
Dipetik dari buku “Menyingkap Tabir Kesalahfahaman Terhadap Jemaah Tabligh”

Abu Abil Hasan (bekas pelajar Darul Uloom Faisalabad Pakistan) menulis:

Dakwah dan Tabligh ialah kerja para Ambiya’. Dan inilah juga usaha yang telah dipertanggungjawabkan oleh Allah kepada seluruh umat Islam. Maksud kepada usaha ini ialah supaya seluruh manusia dapat mengamalkan keseluruhan agama. Usaha untuk menghidupkan agama ini tidak memadai dengan hanya memberi masa 3 hari 40 hari dan 4 bulan. Bahkan harus berjuang dan berjihad seumur hidup kita. Ini telah dijelaskan oleh Allah SWT didalam al-Qur’an:

Allah SWT berfirman: Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri mereka dan harta mereka dengan (balasan) syurga untuk mereka (disebabkan) mereka berperang dijalan Allah: maka (diantara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah didalam Taurat Injil dan Al-Qur’an; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu bergembiralah dengan jualbelinya itu dan (ketahuilah bahawa) jualbeli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar. (At-Taubah ayat 111).

Dalam ayat yang tersebut diatas Allah telah membeli dan meminta keseluruhan hidup orang-orang mukmin dan harta mereka untuk berjuang menegakkan agama Allah. Bukan setakat 4 bulan 40 hari sahaja. Tetapi malangnya pada hari ini umat Islam untuk melaksanakan satu perintah Allah yang paling besar iaitu sembahyang yang hanya mengambil masa beberapa minit sahaja pun sudah tidak ada masa kerana sibuk dengan fikir dan kerja-kerja dunia. Apa lagi untuk keluar seumur hidup…
Umat hari ini telah jauh daripada agama. Kemampuan yang ada pada mereka juga berbeza-beza. Melalui panduan Al-Qur’an dan Hadith ini para Ulama’ dan masyaikh didalam jemaah ini telah menetapkan nisab yang mampu diikuti oleh setiap umat Islam. Memanglah tidak ada ayat Al-Qur’an yang memerintahkan untuk keluar bertabligh selama 4 bulan dan 40 hari tetapi bilangan dan angka ini banyak terkandung didalam Al-Qur’an dan hadith.

Kenapakah angka-angka ini tercatit didalam Al-Qur’an dan Hadith? Sudah pasti ada hikmahnya di sebalik angka itu. Disini saya nukilkan beberapa riwayat dan pandangan Ulama’ betapa hikmahnya bilangan hari-hari tersebut.

1. Hikmah keluar tiga hari

i. Suasana amat mempengaruhi seseorang itu. Seorang yang duduk didalam suasana Iman dan akhlak yang baik dan dipenuhi dengan ibadat dalam masa tiga hari sudah pasti akan membenihkan satu suasana dan kejernihan hati didalam sanubari seseorang itu. Di zaman Nabi SAW orang-orang kafir yang ditawan akan dikurung didalam masjid. Tujuannya ialah supaya mereka dapat melihat amalan-amalan orang Islam didalam masjid.

Didalam Sahih Bukhari jilid kedua bab Maghazi dinukilkan bahawa seorang lelaki bernama Sumamah bin Ausal dari banu Hanafiah telah ditawan dan diikat didalam masjid Nabi. Selama 3 hari beliau telah melihat amalan orang Islam yang sibuk dengan amalan dakwah. belajar dan mengajar. beribadat dan berkhidmat diantara satu sama lain. Hari yang pertama beliau ingkar untuk menerima Islam. Begitu juga pada hari yang kedua. Pada hari yang ketiga baginda Rasulullah SAW telah membebaskannya. Setelah dibebaskan dari tawanan beliau merasai sesuatu didalam hatinya lantas beliau mandi dan datang semula ke masjid Nabi dan bertemu dengan baginda Rasulullah SAW dan terus memeluk agama Islam. Betapa besarnya perubahan pada diri Sumamah yang amat berkesan dengan amalan masjid pada ketika itu. Dalam masa tiga hari menjadi sumber hidayat kepadanya.

ii. Jemaah-jemaah yang dihantar oleh baginda Rasulullah SAW atas maksud dakwah atau berjihad akan diberi penerangan tertib dan usul bagaimana untuk berdakwah dan berperang. Diantaranya ialah:

• Jangan memerangi mereka sebelum diberi dakwah selama 3 hari.
• Jangan membunuh kanak-kanak. wanita dan orang-orang tua yang lemah dikalangan mereka.
• Jangan membuat kerosakan pada harta benda. tanam-tanaman dan membunuh binatang ternakan.

Kenapa baginda memberi tempoh selama 3 hari dengan memberikan dakwah terlebih dahulu sebelum memulakan peperangan? Ini ialah pengajaran daripada baginda Rasulullah SAW bahawa didalam Islam tidak ada peperangan tanpa memberi dakwah terlebih dahulu. Melalui amalan dakwah selama 3 hari ini orang-orang kafir akan melihat muamalah dan akhlak orang-orang Islam terhadap orang kafir sendiri. Ini sudah pasti akan mempengaruhi jiwa mereka dan memeluk agama Islam. Kisah ini terkandung didalam Hayatus Sahabah dimana baginda Rasulullah SAW telah menghantar Abdul Rahman bin Auf r.a. ke satu tempat bernama Daumatul Jandal sebagaimana berikut:

Sehingga beliau sampai ke Daumatul Jandal lantas beliau mendakwahkan kepada mereka (penduduk Daumatul jandal) selama tiga hari supaya memeluk agama islam. Maka pada hari yang ketiga Asbagh bin Amar Al Kalbi telah memeluk agama Islam. Beliau ialah seorang nasrani dan ketua di kalangan mereka.

iii. Hadzrat Zakaria AS seorang Nabi yang telah tua. Apabila Allah SWT mahu mengurniakan anak kepadanya beliau bertanya “Wahai Allah apakah tandanya yang engkau akan mengurniakan anak kepadaku sedangkan aku telah tua? Allah SWT menjawab sebagaimana didalam Al-Qur’an:

Tandanya bagimu kamu tidak dapat berkata-kata dengan manusia selama tiga hari kecuali dengan isyarat. Berzikirlah kepada Tuhanmu sebanyak-banyaknya dan bertasbihlah diwaktu pagi dan petang (Ali Imran ayat 41).

Para mufassirin berkata tanda diterimanya doa Hadzrat Zakaria AS ialah dia tidak boleh bercakap selama tiga hari kecuali dengan isyarat. Pada masa itu Allah SWT telah memerintahkan Hadzrat Zakaria AS supaya berzikir sebanyak-banyaknya dan meninggalkan perkataan-perkataan dunia untuk menambah penghampirannya kepada Allah. Daripada ayat ini para ulama’ berpendapat bahawa sekiranya manusia dapat mengasingkan diri keluar dijalan Allah selama tiga hari dengan membersihkan diri dari fakir dunia. meninggalkan percakapan dunia dan menyibukkan diri dengan amalan dakwah. beribadah. belajar dan mengajar dan duduk dalam suasana agama sudah pasti akan memberi kesan didalam hati sanubari seseorang itu. Cinta pada agama akan datang. manusia akan membersihkan diri daripada dosa. bertaubat dan lebih hampir kepada Allah SWT. Demikianlah hikmah yang terdapat didalam masa tiga hari. Isyarat dari Al-Qur’an dan athar As-Sahabah inilah yang menjadi saranan oleh ahli jemaah Tabligh supaya setiap orang dapat melapangkan masa selama tiga hari. Disamping itu ia juga akan menimbulkan keghairahan untuk belajar agama dan mengislahkan diri sendiri.

(Abu Abil Hasan Abn Musa – Soal Jawab Agama: Membahaskan Masalah Terkini Dalam Fekah: Bahagian Pertama – Klang Book Centre – Cetakan Pertama 2004 – m/s 260 – 266)

2. Dalil dan hikmahnya keluar 40 hari

Ramai orang mempersoalkan masalah ini. Dari manakah orang-orang tabligh ini mengambil dalil supaya keluar 40 hari. Sebenarnya bilangan 40 hari ini telah banyak disebut didalam al-Qur’an dan Hadith. Keberkatan yang ada padanya telah jelas apabila Allah SWT sendiri telah memerintahkan Musa AS supaya menambah bilangan hari untuk bermunajat kepada Allah sebagaimana didalam al-Qur’an

Dan Kami telah menjanjikan kepada Musa (memberi Taurat) sesudah berlaku 30 malam dan Kami telah sempurnakan waktu yang telah ditetapkan oleh Tuhannya dengan sepuluh malam. Maka genaplah dari Tuhannya selama empat puluh malam (Al A’raf 142)

Begitulah juga didalam Surah al Baqarah ayat 51. Allah SWT menyebut dengan janji-Nya kepada Nabi Musa AS untuk mengurniakan Taurat setelah bermunajat selama empat puluh malam.

Didalam hadith baginda SAW banyak sekali menyebut tentang bilangan 40 ini. Diantaranya ialah hadith yang diriwayatkan oleh Ibnu Mas’ud RA beliau berkata daku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

Sesungguhnya salah seorang daripada kamu dicipta didalam perut ibu selama 40 hari sebagai nutfah kemudian 40 hari menjadi seketul darah kemudian menjadi segumpal daging kemudian dihantar kepadanya seorang malaikat untuk meniupkan roh dan menulis kepadanya empat kalimat… (HR Muslim)

Dalam hadith yang lain ada dinukilkan bahawa barangsiapa bersembahyang selama 40 hari berjemaah tanpa ketinggalan takbiratul ula akan mendapat dua jaminan. Satu keselamatan daripada neraka dan kedua bebas dari nifaq.

HazdratAbdullah bin Abbas RA berkata dihari kematian anak lelakinya lihatlah berapa ramai orang yang berada diluar. Hambanya berkata orang ramai telah berkumpul. “Adakah telah cukup empat puluh orang?” Mereka menjawab “Ya… telah cukup”. Abdullah bin Abbas RA berkata “hadirilah sembahyang jenazah kamu aku mendengar baginda SAW bersabda mana-mana orang Islam yang meninggal dunia dan disembahyangi oleh 40 orang yang tidak melakukan syirik melainkan telah menjadi hak kepada si mayat bahawa jaminannya pasti diterima”.

Dalam hadith yang lain baginda SAW bersabda:

“Barangsiapa mengikhlaskan dirinya kepada Allah selama 40 hari akan zahir sumber-sumber hikmah daripada hati melalui lidahnya”.

Banyak lagi hadith yang seumpama dengan ini yang menunjukkan keberkatan dan keutamaan pada tempoh atau bilangan 40 hari ini. Kita dapat melihat seorang yang keluar dijalan Allah melatihkan dirinya dalam menjalani ketaatan selama 40 hari sudah pasti amalan ini akanterus dilakukan ketika berada di rumah atau dikampungnya.

Daripada hadith-hadith ini dan pandangan nuraniah inilah maka masyaikh dan ulama’ didalam usaha ini menyarankan supaya setiap orang dapat melapangkan masa selama 40 hari mempelajari usaha dakwah dan mengislahkan diri masing-masing.

(Abu Abil Hasan Abn Musa – Soal Jawab Agama: Membahaskan Masalah Terkini Dalam Fekah: Bahagian Pertama – Klang Book Centre – Cetakan Pertama 2004 – m/s 266 – 269)

Posted with WordPress for BlackBerry.

Posted in Tabligh | 5 Comments

WHAT???!!!

Assalumu’alaikum semua!!!

Kalian telah serbu blogku yang kecil dan simple ini,habis hancur pintu rumah blog aku..huhu…

Apa yang berlaku???

Warrrrggghhh~TAK FAHAM!

Kenapa tiba-tiba blog ku diserbu beramai-ramai macam kena langgar dengan Yakjuj Makjuj ni?

Selama ni statistic yang views blog aku ni paling tinggi 200 views lebih,kadang-kadang sahaja ia cecah 300 views.

Tapi!!!Hari ni (5 Jan 2012) statistik meningkat kepada 13000 views lebih dalam masa 3 jam!!!

What the hell…. =_=”

Anyway!

SELAMAT DATANG KE BLOG AKU!!! ^________^

MINTA MAAF LA TUAN BLOG TAK DAPAT NAK SEDIAKAN MAKAN MINUM UNTUK KALIAN…

Tapi,boleh sesiapa jelaskan apakah sebenarnya yang berlaku?

Adakah blog ini mendapat perhatian Perdana Menteri lalu mengiklankan link blog ini di facebook beliau?

WAAAAARRRGGGHHH~~~~~ >.<

Posted with WordPress for BlackBerry.

Posted in My Life | 30 Comments