Assalamualaikum kepada semua pembaca muslim dan salam sejahtera kepada yang belum memeluk Islam.
Sesungguhnya post ini ditulis dengan penuh hiba,terharu dan syukur yang amat kepada Allah yang mengurniakan pertolonganNya melalui perantaraan pembaca yang dicintai sekalian.Atas keprihatinan kalian,Alhamdulillah Allah telah mencukupkan keperluan ku untuk pulang ke Malaysia.
Secara jujurnya,ketika post ‘ibnu Batoota perlukan pertolongan anda’ ditulis,aku cuma punyai wang sebanyak lebih kurang RM200 lebih.Aku buntu kerana aku disini tidak mampu untuk bekerja tambahan lagi mana mungkin aku bisa mengumpulkan RM2500 dalam jangka masa pendek?Tentu ia mengambil masa berbulan-bulan tanpa makan jika aku boleh bekerja sekalipun.Maka aku menulis post itu.
Akaun aku bertubi-tubi menerima bantuan dari para pembaca dan kawan-kawan yang ikhlas memberikan sumbangan kerana Allah.Dalam masa 2 hari,aku menerima sebanyak RM1490 hasil sumbangan kawan-kawan sekalian.Tapi ia masih tidak mencukupi.Aku runsing dan berdoa.Tapi aku malu untuk menyatakan lebih-lebih ombak perasaanku ini.Kemudian petang sedikit pada hari,seorang hamba Allah yang mudah-mudahan Allah masukkan dia ke syurga tanpa hisab telah masukkan sebanyak RM500 ke akaun ku menjadikan ia RM1950 kemudian ditambah jumlahnya oleh seorang lagi rakan yang juga didalam doaku menjadikan ia sebanyak RM2100.
Yang lebih menyenangkan hatiku,Allah kabulkan dan permudahkan urusanku apabila ringgit Malaysia tiba-tiba telah naik harga dengan izin Allah membuatkan harga ringgit melambung tinggi dalam masa yang sama menjatuhkan harga matawang Rand Afrika Selatan.Maka hasil dari itu,Rand yang keluar dari bank ku terhasil lebih banyak dari sebelumnya dan benar-benar tepat mencukupi jumlah yang diperlukan untuk tiket tersebut.
Contohnya begini:
Pada bulan Februari,RM1 bersamaan 2.00Rand.Jadi jika harga sebiji burger disini adalah 20Rand.Maka bersamaan RM10.
Pada bulan April,RM1 bersamaan 2.50Rand.Jadi burger yang berharga 20Rand itu dapat dibeli dengan harga RM8 dan telah jimat RM2 berbanding pada bulan Februari.
Jadi begitu juga harga tiket yang asalnya memerlukan RM2500-RM3000 tapi telah menjadi RM2000.
^_^
Sekarang aku sedang sibuk mengemas barang dan persiapan pulang,InsyaAllah aku akan pulang dalam masa terdekat ni.Setelah tarikh ditentukan akan aku umumkan disini.
Terima kasih yang tak terhingga buat semua sahabat yang dihormati sekalian.Jasa kalian hanya Allah yang punya kuasa untuk membalasnya.
Sebuah fakta menarik yang ingin ku kongsi kali ini ialah.Selama setahun aku ber blog,aku belum pernah melihat blog ku dari skrin komputer.Semuanya ku lakukan dengan menggunakan telefon bimbit dan kebanyakan tulisan ku ditulis dengan penuh santai dan berbaring atas katil sambil tersenyum seorang diri. ^_^
Jadi InsyaAllah pulangnya aku ke rumah nanti,aku boleh menulis dalam blog ini dengan serius dan lebih skema walaupun selama ni pun aku kelihatan serius?
Oh ya,atas permintaan dan pertanyaan orang ramai,aku telah aktifkan semula akaun facebook ku yang dulu aku deaktifkan jadi kepada sesiapa yang mahu menambah aku sebagai rakan facebooknya sila search E-mail aku mehmedalfatih_janissari63@yahoo.com di facebook yang bernama Ibnu Batoota dan pastikan kalian inbox dan nyatakan sebab-sebab kenapa aku mesti menerima anda sebagai rakan kerana akaun aku agak privasi bagiku. ^_^
Juga aku memohon maaf kerana banyak komen tidak terjawab dalam blog ini,hal ini kerana aplikasi blog dalam telefon ku ini sangat lembab dalam menjawab komen dan loadingnya sangat lama.Maka tolong maafkan aku,bukan aku tak mahu layan,tapi aku punyai masa terhad untuk blog ini.Jadi kepada yang punyai sebarang pertanyaan boleh lah E-Mail aku atau add Yahoo Mesengger aku tapi jaminan tidak diberikan kepada insan yang memberi mesej di inbox facebook aku kerana aku jarang on facebook ku dan kalau on pun aku tak buka inbox walaupun tertulis ‘inbox(1364963)’.
Sekian tulisan untuk kali ini~yang terakhir,kepada yang ingin menyertai perjumpaan rakan-rakan ibnu Batoota(lelaki sahaja) boleh maklumkan padaku untuk ku nyatakan tarikh yang tepat dan waktu serta tempat.
Posted with WordPress for BlackBerry.


Alhamdulillah..
All Praises to Allah..
Alhamdulillah
OHOH…TLMBAT SUDA KA? STIL NID 4 SUM CASH?IF U DO..DO TEL..ALLAH’S WILL, INSYAA ALLAH..BASHIRRR!MNTAK BHA EMAIL MU..
ummi, mehmedalfatih63@yahoo.com
*wakel jap*haha
alhamdulillah~~
Alhamdulillah..adik jgn lupa doa utk penderma ya..^_^
Alhamdulillah…semoga nnti dapat sambung menimba ilmu di afrika balik..insya-Allah…
diri mu memg suka perumpaman burger ye haha…
sy kan dlu “abg burger”…
xjumpa pon fb~~
sbb dah deactived blik..
alhamdulillah (=
penulisan yang membuat ramai daripada kawanku tertarik.. untung kami ditemukan dengan salah satu saluran ilmu ini,..alhamdulillah
alhamdulillah, teruskan perjuangan ko
alhamdulillah.. smga slmt smp.. ombak rindu kt mlysia n fmly kan?
assalamualaikum.. semoga kchatan abah mu mkn baik. ameen. smga sgla urusan yg bnyk2 kat mlysia bejalan lancar..ameen:-)
da smpai malaysia blom?kalau dtg sri ptaling ke KL ke, roger2 aku k.aku da add ko kat facebuk..lama x dgr ko berceloteh sambil mkn ayam bakar dan minum nescafe sejuk.hahaha
aku dah smpai msia dan akan ke sri petaling 11 feb ni….jmpa kt sna ok?aku pkai serban hitam
Pak sheikh jgn lupa roger aku skli ok hehe…munkin aku ade dtg sne pda hari tersebut..^_^
^_____^ sy suka angry bird
kena suka jugak… (*-*)
kt mlysia ade angry bird..ptut pon..
~ ckgu ~
sy la angry bird~garang tp comel..
alhamdulillah…tumpang gembira dah smpai malaysia..nak tanya,tak ada post terbaru ke?
dlm proses x lama lg insyallah…
alhamdulillah
Salam, sekadar bertanya, benarkah jemaah tabligh sedunia tak di benarkan berdakwah kpd bukan Islam sebagaimana dakwaan Dr Nasoha?
sila lihat sini… http://mthago.wordpress.com/2010/03/02/the-obedience-to-allah-and-his-prophet-%E2%80%93dedicated-to-tabligh-jamat/ atau dlm bahasa Melayunya http://drnasoha.wordpress.com/2010/03/14/ketaatan-kepada-allah-dan-rasul-khas-kepada-jemaah-tabligh/
dia ditipu syaitan…..
ape crite penulis skrang..mcmane agaknye keadaan ibunye….
sptutnya keadaan “bapak” penulis… ^_^